Sejarah SMKDARY

Posted on 10:00 PM, under


Sejarah Sekolah



Keinginan penduduk setempat untuk mendapatkan sebuah instiusi pengajian di kawasan Bota Kanan,telah mewujudkan sejak negara ini dalam zaman penjajahan lagi. Hal ini kerana penduduk setempat tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke Bandar bagi mendapatkan pendidikan yang baik dan sempurna di mana-mana sekolah Inggeris.Hanya sebahagian kecil sahaja pendududk tempatan yamg mampu menghantar anak mereka ke Bandar untuk menimba pengetahuan.

Di kawasan Pekan Bota Kanan sememangnya tidak terdapat sekolah menengah.Oleh yang demikian , penduduk tempatan terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah menengah yang hanya terdapat di Pekan Parit .Memandangkan itu sahaja sekolah menengah yang ada iaitu Sekolah Menengah Iskandar Shah. Jarak perjalanan dari Bota Kanan ke pekan Parit ialah sejauh 16km. Memandangkan itu shaja sekolah menengah yang terdapat ketika itu , menyebabkan Sekolah Menengah Iskandar Shah menjadi tumpuan ramai ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Iskandar Shah menjadi tumpuan ramai ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah menengah walaupun jaraknya agak jauh .

Justeru , UMNO kawasan Bahagian Parit telah mengambil insiatif dengan mengemukakan memorandum dan resolusi kepada Kementrian Pelajaran agar sebuah sekolah menengah dibina dengan kadar segera.Usaha-usaha tersebut telah diketengahkan oleh Tn . Hj . Muhammad Ali B Uda Sekah yang merupakan ketua UMNO Bahagian Parit ketika itu.Menjelang tahun1964,pembinaan bengunan sekolah ini telah dimulakan.Sesungguhnya ia telah membuka satu dimensi baru terhadap pendidikan kawasan Bota Kanan.


TOKOH SEKOLAH


Pada awalnya sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Bota Kanan dan perasmiannya disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Iskanadr Shah pada 24 Oktober 1996.Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yaakub dan dirasmikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Dato Abdul Rahman Yaakub.


Masyarakat setempat khususnya UMNO Bahagian Parit mahupun nama sekolah mengambil sempeana nama beliau,memandangkan beliau merupakan tokoh yang lantang bersuara dalam meningkatkan martabat Bahasa Melayu terutamanya dalam perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Sekolah.Kehebatan dan ketegasan beliau memperjuangkan Dasar Pelajaran Kebangsaan sertai menghadapi isu-isu nasional telah mendorong ibu bapa dan masyarakat setempat untuk mengabadikan nama beliau .Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang tegas dan berdedikasi serta mempunyai cita-cita besar untuk menentukan arus dan hala tuju Dasar Pendidikan .


Atas ketokohan dan kewibaan beliau dalam memperjuangkan isu-isu pendidikan, maka nama sekolah ini telah dimasyurkan dengan menggunakan nama beliau .Semoga dengan kekuatan dan sumber inspirasi nama beliau , sekolah ini akan terus berkembang.


PERKEMBANGAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Yaakub merupakan sekolah yang menerima pelajar-pelajar daripada 9 buah sekolah rendah iaitu:

1. Sekolah Kebngsaan Bota Kanan
2. Sekolah Kebangsaan Bota Kiri
3. Sekolah Kebangsaan Layang-layang kanan
4. Sekolah Kebngsaan Padang Changkat
5. Sekolah Kebangsaan Padang Tenggala
6. Sekolah Kebangsaan Changkat Cermin
7. Sekolah Kebangsaan Titi Gantung
8. Sekolah Kebangsaan Seri Kaya
9. Sekolah Kebangsaan Telok Kepayang

Pada tahun 1977, bilangan pelajar sekolah ini mencapai lebih kurang dua ribu orang.Walaubagaimanapun menjelang tahun 1981 , jumlah pelajar berkurangan kepada 1712 orang kerana telah wujud dua sekolah lagi di kawasan Bota Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Shah , Sekolah Menengah Layang-Layang Kiri dan Sekolah Menengah Lambor Kiri pada tahun 1991.Kemudian pada tahun 1994 , sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 1392 orang meliputi tingkatan 1 hingga tingkatan 6.Namun angka ini bertambah menjadi 1800 orang menjelang tahun 2000 tetapi pada bulan Julai 2001 , jumlah itu berkurangan kepada 1600 orang kerana pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar.
Sekolah ini memulakan pengajiannya dengan kurikulum sekolah lanjutan dan diikuti pula dengan kurikulum sekolah anek ajurusan.Kurikulum sekolah menengah rendah bermula pada 1964.Pelajaran sekolah menengah atas hanya bermula pada 1968 iaitu aliran sastera dan aliran sains mula diperkenalkan pada tahun 1972.Sementara tingkatan enam pula diperkenalkan pada tahun 1994.Beberapa mata pelajaran pada tahun 1982 , mata pelajaran Perdagangan , 19983 diperkenalkan Sains Pertanian dan Prinsip Akaun pada tahun 1996.Kemudian pada tahun 2002 diperkenal kan Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Tambahan.


PENERAJU SEKOLAH

Sejak sekolah ini memulakan pengajian kurikulum Sekolah Menengah Rendah pada tahun 1964, sekolah ini mula diterajui oleh beberapa orang pengetua iaitu :·
1.Tn. Hj. Mohd Nor B Alang Harun - 1964 - 1971·
2.En. Zainal Abidin B Abdullah - 1971 - 1978·
3.Tn. Hj. Mat Nuri B Hj. Tahir - 1978 - 1980·
4.En. Ismail B Salleh - 1980 - 1982·
5.En. Ahmad Zainuddin B Hj. Othman - 1982 - 1986·
6.Tn. Hj. Zainal Abidin B Mohamad Nor - 1986 - 1987·
7.En. Nazari B Abdul Aziz - 987 - 1995·
8.Tn. Hj. Mohd Yusof B Saidin - 1995 - 1996·
9.En. Mohd. Rusli B abdul Rashid - 1996 - 1998
·
10. Pn. Hjh. Mardhiah Bt Wan Omar - 1998 - 1999·
11. Pn. Hjh. Siti Aminah Bt Hj. Hashim - 1999 - 2003·
12. Pn. Hjh. Azizah Bt Musa - 2003 - 2007
·
3. En. Saidin bin Osman - 2007 hingga sekarang


Sesungguhnya kecemerlangan SMKDARY hari ini adalah hasil kesungguhan dan komitmen semua warga sekolah ini yang bertepatan dengan logo dan moto SMKDARY iaitu
SATU PASUKAN SATU WAWASAN

edit post