PENGENALAN

Penguasaan isi kandungan sejarah amat penting sebelum menghadapi peperiksaan.Malah, setiap pelajar perlu mengenalpastikan serta melakukan refleksi bagi menentukan telah mampu menjawab sekurang-kurangnyaobjektif pelajaran yang terkandung dalam setiap topik.Namun, strategi menjawab soalan sebenarnya amat penting sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR)


1. Baca dan fahami arahan soalan.Pelajar diwajibkan menjawab empat soalan struktur. Soalan 1,2,3 dan 4 wajib dijawab.

2.Baca dan fahami bahan rangsangan atau stimulus dalam setiap soalan. Bahan rangsangan dikemukakan dalam bentuk pernyataan,petikan,rajah,carta,dialog dan sebagainya.

3.Baca dua kali, faham dan gariskan kehendak solan dalam setiap ceraian soalan.

4.Ingat kembali topik yang telah dipelajari dan kenalpasti daripada topik manakah soalan dipetik.

5.Lazimnya berasaskan analisis soalan tahun-tahun sebelumnya,soalan nombor 1 dan petikan 2 dipetik daripada isi kandungan pelajaran tingkatan 4.Manakala soalan 3 dan 4 dipetik daripada isi kandungan pelajaran tingkatan 5.

6.Kemukakan isi jawapan yang tepat dengan perkataan yang tepat dan tidak berjela.

7.Kemukakan isi jawapan dengan fakta yang mencukupi mengikut skor markah yang diperuntukkan dalam setiap ceraian soalan.

8.Tulis nama tokoh,perjanjian,istilah dengan tepat mengikut ejaan yang betul.

9.Masa menjawab bagi satu soalan ialah 15 minit.

10.Jawab soalan yang senang dahulu dan semak jawapan anda.

FAHAMI SOALAH DAN KEHENDAK SOALAN

Terdapat pelbagai bentuk tugasan dan kehendak soalan struktur.Berasaskan analisis soalan yang lalu, terdapat ceraian soalan a,b,c,d dan e.Soalan-soalan itu dikemukakan mengikut aras daripada berasakan pengetauhan, kefahaman,analisis,aplikasi sehingalah rumusan.Justeru calon-calon perlu bersedia menguasai fakta yang dipelajari dalam sesuatu topil secara berstruktur.Anatara tugasan dan kehendak soalan ialah:

a.Memahami konsep
Calon dikhendaki menjelaskan konsep-konsep penting atau takrif yang terdapat dalam sesuatu tajuk.Misalnya; apakah maksud imperialisme (SPM 2007)

b.Mencirikan
Calon dikhendaki mengemukakan ciri-ciri penting dalam peristiwa dan fakta dalam satu.
-satu topik.Misalnya, nyatakan ciri-ciri ekonomi tradisional.(SPM 2006)

c.Mengingati kembali
Soalan bentuk mengingat kembali recall paling mudah dijawab kerana ia berasaskan aras pengetahuan.Contoh soalan:

Namakan dua buah kerajaan maritim yang terdapat di Tanah Melayu(SPM 2007)

d.Mengemukakan sebab-musabab
Soalan berasakan sebab musabab ini dikemukakan dalam bentuk tugasan soalan sama ada faktor,sebab,mengapakah.Misalnya soalan berikut:

Mengapakah kuasa barat bersaing untuk meluaskan pengaruh di timur?(SPM 2007)

e.Penyelesaian masalah
Terdapat soalan bertanyakan cara atau kaedah yang digunakan oleh tokoh,organisasi atau institusi tertentu yang penting dalam sesuatu fakta atau peristiwa sejarah.Contoh soalan:

Berikan dua cara kemajuan sistem pengangkutan membantu peluasan imprealisme Barat(SPM 2007)

f.Sumbangan dan peranan tokoh
Tugasan soalan ini menguji pengetauhan calon mengenai nama tokoh atau sumbangan serta peranan mereka.Contoh soalan:

Berikan dua kejayaan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq(spm 2007)

g.Memberikan iktibar atau pengajaran sejarah

Tugasan soalan ini berasakan pemikiran kritis dan kreatif yang meguji kebijaksanaan calon mengemukakan iktibar dalam sesuatu peristiwa sejarah.Tugasan soalan ini terdapat dalam solan (e) umpamanya:

(e)Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini daripada kerajaan maritim.(SPM 2007)



edit post

2 Reply to "Strategi Menjawab Soalan Kertas 2(Bahagian A)"

  • Unknown on May 15, 2009 at 8:59 PM

    berikan saya soalan yg perlu saya jawab

     

    Unknown on May 15, 2009 at 9:01 PM

    soalan yang perlu saya jawab mengikut soaln pmr

     
  • Post a Comment