1.MEMBACA SOALAN
Pelajar seharusnya membaca dengan teliti setiap arahan soalan,kehendak dan tugasan soalan.Pelajar perlu membaca dan memahami arahan soalan terlebih dahulu.Arahan soalan bagi kertas 2 menjelaskan bahawa pelajar perlu menjawab semua soalan struktur daripada Bahagian A dan 3 soalan daripada mana-mana lima solan dalam Bahagian B.Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk esei.
Kemudian baca frasa demi frasa serta perkataan yang terdapat dalam soalan.Fahami dan selami maksud soalan serta pernyataan yang ada kaitan dengan soalan.Serentak dengan itu,garis dan bulatkan kehendak solan yang menjadi kata kunci penting dalam setiap solan.Jika pelajar terlepas pandang kata kunci tersebut kemungkinan jawapan pelajar akan terpesong.
Bedasarkan analisis soalan tahun-tahun lepas,terdapat pelbagai aspek tugasan soalan yang perlu diberi perhatian.Berikut adalah tugasan solan yang sering ditanya.

Bil

Tugasan Soalan

Perkara

Contoh

1.

Sebab-musabab,factor,Punca

Peristiwa

Faktor imperialisme

2.

Ciri-ciri

Adat,masyaralat,kerajaan

Ciri-ciri kerajaan agraria

3.

Langkah-langkah,yindakan

Kerajaan,pertubuhan,tokoh

Langkah-langkah kerajaan membasmi kemiskinan dalam DEB

4.

Konsep,takrif,maksud

Sistem,ideology

Nasionalisme,Monarki baru

5.

Matlamat,tujuan

Pertubuhan

Penubuhan OIC

6.

Peranan,sumbangan,perjuangan

Tokoh,organisasi

Dato Onn Jaafar Abdul Rahman Limbong,Kesatuan Melayu Muda

7.

Kesan

Peristiwa,pelaksanaan dasar atau peraturan,perubahan,perjanjian

Kesan imperialisme Barat

8.

Perkembangan

Peristiwa,proses

Perkembangan penentangan terhadap British,proses penggubalan undang-undang

9.

Cara

Istiadat,peraturan,projek,pelaksanaan

Orang Melayu menentang Malayan Union

10.

Pemdapat,kemahiran berfikir

Peristiwa,perubahan

Perang Dunia Kedua

11.

Perbandingan

Adat,ideology dan kepercayaan

Adat Perpatih dan Adat Temenggung




2.Memilih Soalan
Pelajar yang cemerlang biasanya memilih soalan yang mereka tahu sepenuhnya isi-isi jawapan yang perlu dikemukakan dengan tepat.Pilihlah soalan yang mudah dijawab kerana pelajar akan dapat menjawabnya dengan lancar.Tentukan yang anda dapat mengemukakan isi-isi jawapan mangikut kehendak soalan serta memenuhi markah yang diperuntukkan 1 markah.Jika markah yang diperuntukkan ialah 8 markah bermakna pelajar mesti mampu menyediakan sekurang-kurangnya lapan isi.

3.Merangka Jawapan
Sebelum menulis jawapan pelajar perlu merangka isi jawapan yang hendak dikemukan.Rangka jawapan penting untuk menghasilkan jawapan yang teratur,tidak mengulangi fakta,tidak terpesong daripada kehendak soalan,mengelakkan pelajar meninggalkan isi-isi penting.Pelajar juga akan menulis jawapan dengan lancar tanpa tersekat-sekat.Sebaik-baiknya sebelum menduduki peperiksaan,pelajar sudah membuat nota ringkas yang boleh menjadi panduan merangka jawapan dalam peperiksaan.Rangka-rangka jawapan boleh ditulis menggunakan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam satu-satu ayat.

3.Mnemonik Bahasa
soalan:

a)Huraikan faktor-faktor kemajuan kerajaan maritim(6markah)
ulasan:
Pelajar perlu mengemukakan sekurang-kurangnya senam isi-Isi-isi itu boleh diringkaskan seperti berikut:
K...kedudukan strategik
K...Kemudahan asas
K...Kemahiran ilmu pelayaran
P...Pelabuhan entrepot
P...Perdagangan
P...Pengeksportan

Rangka jawapan berasakan mnemonik bahasa di atas mengandungi fakta asas bagi memudahkan pelajar mengemukakan isi bagi mendapat markah yang diperuntukkan.Pelajar perlu memperkembangkan isi-isi utama tersebut dengan memberikan huraian serta contoh yang sesuai.

4.Menulis Jawapan
Pelajar perlu menulis jawapan bagi soalan paling mudah terlebih dahulu.Pelajar tidak perlu menulis pendahuluan dan kesimpulan kerana tidak ada markah diperuntukkan jika berbuat demikian.Huraikan fakta dengan ayat yang lengkap.Ayat yang dibina mestilah ringkas,mudah difahami dengan tepat.Elakkan membina ayat yang tergantung dan dalam bentuk catatan ringkas.Berikan sekurang-kurangnya dua contoh soalan yang berkhehendakkan contoh.
Bagi setiap isi jawapan perlu mengandungi fakta dan huraian.Contoh boleh diberikan mengikut kesesuaian kehendak soalan.Susunkan fakta-fakta dalam perenggan yang sesuai supaya jawapan yang dikemukan memperlihatkan kebolehan serta kemahiran mengenai pengetahuan sejarah dan kematangan calon sendiri.Jumlah isi tau panjang serta pendek jawapan bergantung kepada markah yang tentera di bawah setiap soalan.
Tulislah dengan terang,kemas,bersih dan mudah dibaca.Gunakan penanda wacana yang sesuai bagi mengaitkan sesuatu ayat dengan ayat yang seterusnya atau dengan perenggan lain.Sediakan ruang kosong di kahir jawapan bagi membolehkan calon menambah isi jawapan yang tertinggal.

5.Menyemak Jawapan
Semak jawapan anda sama ada nombor soalan ditulis mengikut jawapan yang ditulis.Pastikan ejaan nama-nama tokoh dan perjanjian ditulis dengan tepat.Calon dikhendaki meluangkan masa menyemak jawapan yang ditulis supaya isi-isi penting.

6.Pengurusan Masa
Dalam masa dua jam tiga puluh minit,pelajar perlu menguasai kemahiran mengeluarkan ilmu yang telah dipelajari dalam bentuk isi-isi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan secara cekap,cepat dan tepat.Justeru 5 hingga 6 minit perlu digunakan untuk membaca rahan pada soalan,m
membaca semua soalan,memilih soalan,menyediakan rangka jawapan.Jangan terlalu lama menjawab satu-satu soalan hingga mengabaikan soalan lain yang sepatutnya dijawab.Pelajar mempunyai masa kira-kira 20 minit untuk menjawab soalan.Gunakan masa kira-kira 8 minit yang terakhir untuk menyemak kembali jawapan.

Pemarkahan

Mulai tahun 2006,skema jawapan mula memperuntukkan 2markah untuk satu isi atau fakta.Selain itu,anda perlu menjawab soalan berpandukan kepada kata tugasan yang terdapat dalam satu-satu soalan misalnya:

a.Terangkan ciri-ciri kerajaan maritim
Mesti ada fakta dan huraian
3fakta+3huraian

b.Huraikan tentang unsur-unsur demokrasi dan konsep persekutuan yang terdapat pada Negeri Sembilan
MESTI ADA fakta+huraian+contoh
3 fakta+3 huraian+3 contoh

c.Jelaskan isi-isi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
MESTI ADA fakta sahaja

Tugasan Soalan

Skema jawapan

Nyatakan

fakta@isi tanpa huraian (Tulis dalam bentuk ayat yang lengkap)

Mengapakah

Penerangan selapis shaja

Bagaimankan

Terangkan cara/penerangan selapis sahaja

Apakah

Penerangan selapis sahaja

Bandingkan

Cari perbezaan/cari persamaan/gunakan perkataan manakala




edit post

2 Reply to "Teknik Menjawab Soalan Bahagian B (SOALAN ESEI)"

  • bulqini on April 13, 2009 at 11:38 PM

    thanks bye

     

    Gboyz35 on May 15, 2009 at 9:06 PM

    okay

     
  • Post a Comment